Memaparkan catatan dengan label Kelab Kembar Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelab Kembar Malaysia. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Julai 2018

Pra Pendaftaran Kehadiran Perhimpunan Kembar 2018 (Lola Baba Malaysia Twin Gathering 2018)









Pra Pendaftaran Kehadiran Perhimpunan Kembar 2018 (Lola Baba Malaysia Twin Gathering 2018) sempena Lola Baba Kids Festival 2018. Jom isi borang kehadiran di bawah ini!!! atau klik disini!!

Perhimpunan ini akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 2 Disember 2018 (Ahad)
Masa: 11.00 pagi - 4 petang
Tempat: Pentas Utama, MAEPS

Untuk Maklumat Lanjut sila
Hubungi AJK Pn. Siti: 011-1297 4772 atau
Email: kelabkembarmalaysia@gmail.com

Jom sertai pertandingan pakaian beragam kembar sempena Lola Baba Festival ini! Klik sini untuk isi borang penyertaan!!





Pendaftaran Pertandingan Pakaian Beragam Kembar sempena Lola Baba Kids Festival 2018



Pendaftaran Pertandingan Pakaian Beragam Kembar sempena Lola Baba Kids Festival 2018.

Pastikan anda telah isi borang pra pendaftaran kehadiran anda ke Lola Baba Malaysian Twin Gathering at Lola Baba Kid Festival 2018! Klik Sini Untuk Daftar Kehadiran!!

Pertandingan ini akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 2 Disember 2018 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 4 petang
Tempat: Pentas Utama, MAEPS

Hubungi AJK Pn. Siti: 011-1297 4772 atau
Email: kelabkembarmalaysia@gmail.com
Bayaran: RM10/pasangan
Bayaran perlu dibuat ke akaun Kelab Pasangan Kembar Malaysia
Bank CIMB
No. Akaun: 8003377686
Bukti Slip pembayaran perlulah di hantar ke whatsapp Pn Siti 011-1297 4772 ataupun email Kelab.

Para peserta yang hendak menyertainya hendaklah mengisi borang pendaftaran di bawah ini ataupun klik disini.


Rabu, 7 Februari 2018

Program Santai Kelab Kembar Malaysia di Dataran Morib


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua kembarian!! .

Alhamdulillah..... Geng Kembar Central dengan kerjasama Kelab Kembar Malaysia (KKM) akan menganjurkan program 👇👇👇

📌Program : PROGRAM SUKA SUKI KELAB KEMBAR CENTRAL

📌Tarikh : 1 April 2018 (AHAD)

📌Masa : 8 pagi - 2 petang

📌Tempat : DATARAN MORIB

📌Anjuran : Geng Kembar Central dgn kerjasama Kelab Kembar Malaysia (KKM)

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan AJK program seperti berikut :-

1. FB  Ct Azct  HP 01112974772

2.  FB Zaitie Dan Mohd Azri HP 0173914021

3. FB  Norima Sweet HP 0176182519

4. FB Nurulazuwa Azuwa HP 0192813094

5. FB Isnani Ismail HP 0142515535

6. FB aiza Ejoy HP 0176786700

7.  FB Siti Jariah HP 0132020853

8. FB Puteri E Rara Shahil HP 0102019709

9. FB Eima Shah HP 01118661224

Nanti korang semua boleh direct dengan mereka untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan.

Jom share tentang program ini di FB masing-masing!

Geng Utagha berjaya kumpul 50 pasangan kembar pada Dis 2016. Harap-harap Geng Central boleh menyamai mereka ataupun lebih lagi!

Khamis, 5 November 2015

Borang Pra Pendaftaran Karnival Kembar Havoc D' Melaka



Pra Pendaftaran Untuk Menyertai Karnival Kembar Havoc D' Melaka

Kelab Kembar Malaysia akan menganjurkan Perhimpunan Pasangan Kembar Paling Ramai di Malaysia di bawah Karnival Kembar Havoc D' Melaka untuk mencipta Rekod di dalam Malaysia Book Of Records. 

Perhimpunan ini akan diadakan pada 

Tarikh: 12 Dec 2015
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SDSI Street, Kota Fesyen, MITC, Ayer Keroh, Melaka
Penyertaan: PERCUMA (Terbuka kepada semua pasangan kembar seluruh Malaysia

Karnival Ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu dari 11 hingga 12 Dec 2015. Orang ramai dan juga mereka yang mempunyai anak kembar atau diri sendiri kembar dijemput hadir bagi memeriahkan karnival ini. Banyak aktiviti menarik yang akan diadakan, antaranya pertandingan karaoke, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, sukaneka, booth jualan dan lain-lain lagi.

Para peserta adalah diingatkan agar dapat membawa MyKad / MyKid / Surat Beranak Untuk Pengesahan Kembar oleh Pihak Malaysia Book Of Records pada hari pendaftaran 12 Dec 2015 di SDSI Street, Kota Fesyen, MITC, Ayer Keroh, Melaka

Maklumat hendaklah diisi SEKALI SAHAJA. Jika anda telah mengisi borang ini, pasangan anda tidak perlu mengisinya juga.

Maklumat Lanjut atau Menghadapi Masalah Boleh Berhubung dengan 

Pn Siti No. Tel. HP: 011 1297 4772

Sila isi borang di bawah ini


Sabtu, 6 Jun 2015

PERJUMPAAN KELAB KEMBAR MALAYSIA (ZON UTARA)

Jemput Datang Semua Kembar!!

PERJUMPAAN KELAB KEMBAR MALAYSIA (ZON UTARA)

TEMPAT: PADANG KOTA PENANG
TARIKH: 13 JUN 2015
MASA: 2 PM - 7 PM
ACARA: POTLUCK SANTAI

UNTUK PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI PUAN Suhaila Shaiyuddin 019 476 1410


Khamis, 15 Mei 2014

HADIAH DARI PENAJA HIMPUNAN PASANGAN KEMBAR MALAYSIA

Menjelang Karnival Gaharu Gemilang NS 2014 di Tapak Pesta Bt. 1, Port Dickson sempena Festival Belia Negeri Sembilan mulai 16-18/5/2014 Senama Agro Group menyediakan hadiah menarik untuk pengunjung yang menyertai acara-acara menarik seperti karaoke / poco poco / mewarna.

Acara khas untuk himpunan kembar-kembar Malaysia 17/5/2014 mula jam 9.30 pagi-tengahari (memilih pemenang kembar seiras/ pakaian beragam si Kembar! Penyertaan bebas tak kira usia dan memotong kek hari jadi kembar yang lahir dalam bulan Mei.).

Sepanjang majlis diserikan persembahan dari artis Saari Amri n Along Klasik. Harap datang beramai-ramai jangan malu dan segan!




Sumber  gambar dari FB En Ali

Isnin, 12 Mei 2014

Jom jumpa kembar-kembar beramai-ramai di FESTIVAL BELIA NEGERI SEMBILAN 2014!


PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!!

Salam Sejahtera!
KKM telah mendapat undangan istimewa daripada pihak penganjur Karnival Gaharu Gemilang Negeri Sembilan 2014 sempena FESTIVAL BELIA NEGERI SEMBILAN! Pihak penganjur meminta KKM mengumpulkan seberapa banyak pasangan KEMBAR. Kita mendapat satu slot untuk hari festival tersebut. Maklumat adalah seperti berikut :-

Tarikh : 17 Mei 2014
Tempat : Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan
Masa : 9 pagi 

Acara untuk kembar: 

  1. Pakaian Beragam  
  2. Kembar paling seiras
  3. Sambutan hari jadi kembar


Kepada yang berminat, sila hubungi  Sis Ida : 017 327 6249

JOM KITA BERJUMPA BERAMAI-RAMAI!!


Isnin, 9 Julai 2012

Kelab Kembar Malaysia Blog!



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!

Selamat datang ke Blog Rasmi Kelab Kembar Malaysia! Antara tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai salah satu medium untuk menarik lebih ramai lagi kembar-kembar yang ada di seluruh Malaysia dan segenap pelosok dunia asalkan diri sendiri kembar atau Ibubapa kembar itu warganegara Malaysia.

Matlamat KKM ditubuhkan antaranya adalah untuk menjaga kebajikkan keluarga kembar atau kembar itu sendiri. Antara lain ialah menghimpunkan kembar-kembar dan mendaftarkan mereka dibawah satu kelab iaitu Kelab Kembar Malaysia (KKM).

Untuk permulaan KKM bergerak aktif di Official Group Facebook iaitu Dianugerahkan Kembar dan Facebook Page Kelab Kembar Malaysia serta website http://kelabkembarmalaysia.my