Memaparkan catatan dengan label KKM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KKM. Papar semua catatan

Khamis, 15 Mei 2014

HADIAH DARI PENAJA HIMPUNAN PASANGAN KEMBAR MALAYSIA

Menjelang Karnival Gaharu Gemilang NS 2014 di Tapak Pesta Bt. 1, Port Dickson sempena Festival Belia Negeri Sembilan mulai 16-18/5/2014 Senama Agro Group menyediakan hadiah menarik untuk pengunjung yang menyertai acara-acara menarik seperti karaoke / poco poco / mewarna.

Acara khas untuk himpunan kembar-kembar Malaysia 17/5/2014 mula jam 9.30 pagi-tengahari (memilih pemenang kembar seiras/ pakaian beragam si Kembar! Penyertaan bebas tak kira usia dan memotong kek hari jadi kembar yang lahir dalam bulan Mei.).

Sepanjang majlis diserikan persembahan dari artis Saari Amri n Along Klasik. Harap datang beramai-ramai jangan malu dan segan!




Sumber  gambar dari FB En Ali

Isnin, 9 Julai 2012

Kelab Kembar Malaysia Blog!



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!

Selamat datang ke Blog Rasmi Kelab Kembar Malaysia! Antara tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai salah satu medium untuk menarik lebih ramai lagi kembar-kembar yang ada di seluruh Malaysia dan segenap pelosok dunia asalkan diri sendiri kembar atau Ibubapa kembar itu warganegara Malaysia.

Matlamat KKM ditubuhkan antaranya adalah untuk menjaga kebajikkan keluarga kembar atau kembar itu sendiri. Antara lain ialah menghimpunkan kembar-kembar dan mendaftarkan mereka dibawah satu kelab iaitu Kelab Kembar Malaysia (KKM).

Untuk permulaan KKM bergerak aktif di Official Group Facebook iaitu Dianugerahkan Kembar dan Facebook Page Kelab Kembar Malaysia serta website http://kelabkembarmalaysia.my