Memaparkan catatan dengan label 2015. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2015. Papar semua catatan

Khamis, 5 November 2015

Borang Pra Pendaftaran Karnival Kembar Havoc D' Melaka



Pra Pendaftaran Untuk Menyertai Karnival Kembar Havoc D' Melaka

Kelab Kembar Malaysia akan menganjurkan Perhimpunan Pasangan Kembar Paling Ramai di Malaysia di bawah Karnival Kembar Havoc D' Melaka untuk mencipta Rekod di dalam Malaysia Book Of Records. 

Perhimpunan ini akan diadakan pada 

Tarikh: 12 Dec 2015
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SDSI Street, Kota Fesyen, MITC, Ayer Keroh, Melaka
Penyertaan: PERCUMA (Terbuka kepada semua pasangan kembar seluruh Malaysia

Karnival Ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu dari 11 hingga 12 Dec 2015. Orang ramai dan juga mereka yang mempunyai anak kembar atau diri sendiri kembar dijemput hadir bagi memeriahkan karnival ini. Banyak aktiviti menarik yang akan diadakan, antaranya pertandingan karaoke, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, sukaneka, booth jualan dan lain-lain lagi.

Para peserta adalah diingatkan agar dapat membawa MyKad / MyKid / Surat Beranak Untuk Pengesahan Kembar oleh Pihak Malaysia Book Of Records pada hari pendaftaran 12 Dec 2015 di SDSI Street, Kota Fesyen, MITC, Ayer Keroh, Melaka

Maklumat hendaklah diisi SEKALI SAHAJA. Jika anda telah mengisi borang ini, pasangan anda tidak perlu mengisinya juga.

Maklumat Lanjut atau Menghadapi Masalah Boleh Berhubung dengan 

Pn Siti No. Tel. HP: 011 1297 4772

Sila isi borang di bawah ini


Sabtu, 6 Jun 2015

PERJUMPAAN KELAB KEMBAR MALAYSIA (ZON UTARA)

Jemput Datang Semua Kembar!!

PERJUMPAAN KELAB KEMBAR MALAYSIA (ZON UTARA)

TEMPAT: PADANG KOTA PENANG
TARIKH: 13 JUN 2015
MASA: 2 PM - 7 PM
ACARA: POTLUCK SANTAI

UNTUK PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI PUAN Suhaila Shaiyuddin 019 476 1410


Isnin, 6 April 2015

Borang Tempahan Sampul Raya Kelab Kembar Malaysia 2015

Assalammualaikum semua,
Kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan Sampul Raya KKM versi 2015 boleh tempah di blog KKM

Untuk tempahan minimum ialah 5 peket. 
1 peket ada 10 keping sampul. 
1 peket berharga RM2.50, jadi harga untuk 
5 peket ialah RM12.50.

Kos pos adalah RM7.00
tertakluk pada harga baru POS ( akan disemak kembali )
 
Pihak KKM hanya membuat tempahan sebanyak 10,000 keping sahaja. Jadi konsep siapa dulu dia dapat digunapakai.

Tarikh tutup tempahan pada 15 Mei 2015

PASTIKAN anda berhubung dahulu dengan PIC Pn Faridah Jahari a.k.a Sis Ida untuk memastikan stok masih ada, sebelum anda bank in duit ke dalam akaun KKM.

HANYA akaun KKM sahaja digunakan untuk urusan bank in, iaitu
CIMB Bank. No akaun: 800 3377 686

Sila emailkan bukti pembayaran ke kelabkembarmalaysia@gmail.com dengan tajuk/subjek/butiran Sampul Raya KKM 2015.

Sekian, terima kasih

Huszaini
AJK KKM
 
*************************************************
Untuk Pembayaran Sampul Raya KKM, sila buat seperti dibawah

Kelab Pasangan Kembar Malaysia

No. akaun: CIMB: 800 3377 686

Harap dapat emailkan / sms butiran transaksi kepada

Email: kelabkembarmalaysia@gmail.com
Perkara/Butiran: Sampul Raya KKM

Untuk pertanyaan bolehlah berhubung dengan  
Pn. Faridah Jahari di No. HP: 017-327 6249

Contoh Sampul seperti gambar di bawah ini.





SILA ISI BORANG DIBAWAH INI