Rabu, 2 Januari 2013

Kembar yang tak dijangka!


Kali ni saya nak kongsikan kisah dari Puan Suryyantie Haron pula! Suspen ada sedih ada gembira lagilah ada!! Meh baca meh!!

*******************************
Assalamualaikum...
Camni cite saya berkaitan my twin.
Twin ni...anak saya yg ke-3 & 4, 2 lagi anak saya sume beza umur 5 tahun & kehamilan ini memang dirancang. Biasa hamilkan anak sulung & yang ke-2, dah lepas tarikh period baru sedar hamil. Tapi hamilkan twin ni...lagi 1week++ nak sampai tarikh period badan dah lain & mula syak pregnant. Sampai tarikh confirm tak period & confirm pregnant, tambah confirm test urine +ve.

Februari 2010, bermula episod alahan sikit ja.. Satu hari, saya makan pajeri nenas masa tu...pregnant dalam lingkungan 6 minggu. Selalu saya kalau dah pregnant tak pernah ada apa-apa, ibarat kata 'terjun bangunan' pun x gugur. Tapi kali ni...malam makan pajeri nenas, pagi esok ada bleeding sikit. Alamakkk....camna ni, ajak En. Husband pergi klinik. Doktor buat prosedur biasa, test urine & doktor scan confirm baby Ok ke tak. Kali ni...sebab parking tak ada husband baru tengah mencari parking saya pulak dah dipanggil masuk ke bilik doktor sebab kebetulan sangat masa tu...tak ada patient lain. Doktor scan, doktor cakap.. "Eh, twin la...!" Saya yang tak jangka langsung, tanya sekali lagi & confirm Twin. Ya-Allah, tak tahu apa perasaan saya masa tu... menangis sebab gembira, menangis juga sebab kerisauan. Husband tak dapat cari parking terus tunggu dalam kereta, saya masuk ja kereta tunjuk pada husband hasil scan sambil berlinang airmata bagitau twin. Terfikir lepas tu... patut la.. bleeding, agaknya baby nak bagitau dia orang twin.

Lepas tu... bermula episod alahan yang teruk, muntah sampai takleh bangun. Baring bawah sinki, admit hospital buat scope perut dah luka jadi ulser sbb saya memang ada gastrik. Kat hospital seminggu, tambah air+antibiotik. Tapi setiap kali makan semua keluar balik, ulser sakit sampai berguling. Tapi yang pelik & tak ada jawapan sampai arini bila muntah teruk akan sakit dalam perut, tambah sakit kalau mandi..masa tu... akan berguling. Memang sakit yang tak tertahan sangat. Fobia sampai hari ni...

Lepas admit, follow-up+antibiotik. Sakit kurang tapi masih muntah. Nak jalan dah tak mampu, tapi Allah permudahkan urusan. Kawan cadangkan saya ambik air penawar dari seorang bidan, memang tak pernah buat sebelum ni...tapi bila sakit orang suruh makan apa pun kita sanggup selagi tak mudaratkan baby. Air penawar tu... mudah ja, kelapa muda 2 biji, air 1 botol, beras sikit. Dengan syarat air kelapa mesti minum pagi sekaligus ja... setakat mampu, tak boleh simpan untuk petang atau ulang. tapi minum bukan la...sekali nafas, boleh berhenti2 tapi cuma tak boleh simpan, nasi pulak suami kena masak... Alhamdulillah lepas 3 hari saya dah tak alah teruk lagi. Setakat muntah sikit-sikit, dah boleh bangun. Lepas MC 3 minggu saya dah mula kerja.

Bila dah OK sikit bab alahan, bermula la.. episod fikir pasal sumber kewangan dsbnya. Paling risau, saya fikir macam mana nanti lepas twin lahir. Dalam pantang siapa la... nak jaga, mak saya dah lama tak ada. Mak mertua susah sangat nak tinggalkan rumah dia nak jaga..memang tak akan la..datang jaga saya. Siang malam saya berdoa supaya saya dapat bersalin normal, sebab kalau normal saya cepat boleh bangun & cepat pulih. Masa ni...harap & berharap.....

Bila kandungan masuk bulan ke-5 saya dah makin x larat, jalan pun dah tak larat. Datang kerja, drive sampai office, naik tangga ke tingkat 1 saya dah tak turun lagi...semua minta tolong kawan pejabat saja beli makan atau En. Husband tapau, hantar sampai bilik. (Hehehe...masa ni la..nak bermanja). Malam-malam dah mula tidor sambil duduk, masa ni..juga dah tak pernah duduk kat lantai. Hanya sofa/ kerusi tempat saya...kihkihkih...lawak betul bila ingat balik.

Kaki bengkak teruk sampai tak boleh pakai kasut, sedangkan 2 anak sebelum ni...kaki tak pernah bengkak.
Check-up pakar semua sempurna, sampai Aidilfitri 2010. Raya dah tak ke mana-mana sebab tak larat sangat nak bergerak. Beraya umah sedara yang dekat-dekat saja, tak pergi lama-lama sebab ada lagi satu masalah kalau nak pergi toilet. Kalau pergi rumah kat kampung-kampung mana ada tandas yang duduk, kalau tandas yang cangkung memang tak boleh langsung.....harus menangis la...masa tu. Hehehe...tapi ni la..kenyataannya. Masa ni, baby masuk 35 week...., 2nd day raya tu...masih masak-masak sebab ada sedara nak datang rumah, tapi masa raya ke-3 tak boleh buat apa dah sebab dah tak larat sangat. Last2...malam baru sedar air ketuban rupanya dah mula keluar dari siang lagi tapi sikit2 saja. Sempat keluar pergi tapau nasi kandar, pastu singgah kedai barang baby beli bantal sebab bantal belum beli. Tapi risau fikir baru 12/9/2010, due date 17/10...cuma masa ni tawakkal sbb doktor pakar memang dah suruh standby baby maybe akan deliver awal.

Lepas makan standby ja...mula rasa tegang perut & air ketuban turun banyak. Urus anak2 yang 2 orang tu... 2.00 pagi sampaii Hospital Besar Kulim, confirm dah nak bersalin. Masa ni...nurse cari degup jantung baby, jumpa 1 ja...sorang lagi x jumpa. 2 orang doktor turun, hati makin cuak, bimbang sangat. Contraction makin kuat, doktor scan confirm baby OK sorang dah kepala ke bawah tapi sorang lagi melintang. Hati makin takut...dan hanya mampu berdoa dipermudahkan semua, 13/9/2010 bersamaan 4 Syawal 3.10 am 1st twin lahir, sekali lagi contraction 3.17 am 2nd twin mengikut abangnya...Alhamdulillah lahir 2 boys, 2.5kg tiap seorang, sama berat. Dalam aku keletihan, nurse tanya "makan pa2 ke...sebab sekejap jer...dah bersalin". Saya cuma mampu tersenyummm..... 3 hari 1st twin kat dalam inkubator sbb masalah paru-paru. Hari ke-4 dah boleh balik....saya bersyukur sebab twin saya x ada masalah kritikal.

Bermula cabaran berpantang, semua benda saya uruskan sendiri + En. Hubby yang sediakan semua.... Cuma paling mencabar bila twin meragam tak mau tido malam, 1 minggu 1st twin tak tido mula 11 malam sampai Subuh, pastu 1st twin dah Ok, 2nd twin pulak buat macam 1st twin berjaga juga 11 malam sampai subuh. Masa ni...tekanan sangat, rasa nak menangis. nak minta tolong pada sape pun tak ada, kuatkan semangat...tapi lepas tu...Alhamdulillah OK.

Arini, twin dah pun 2 tahun lebih. Twin saya jadi perhatian 1 taman. Seronok & puas...cuma sekarang berangan pulak kalau la..lepas ni..dapat lagi twin gegirl pulak...alangkah seronoknya.

Khamis, 27 Disember 2012

Susah senang membesarkan si kembar!

Kali ini saya nak kongsikan kisah membesarkan anak kembar dari Puan Siti Humairah Salleh. Ringkas tapi memberi makna kepada empunya diri.

**************************

Salam.. saya berkahwin tahun 1996, masa berumur 21 tahun. Saya anak bongsu..tak de pengalaman jaga adik.. lepas 1 bulan kahwin, saya disahkan mengandung.. Saya bekerja di OK Marketing. Masa tu syarikat baru naik.. Saya bekerja keras sampai saya keguguran.. Sedihnya rasa..1 bulan pastu, saya mengandung lagi.. Masuk bulan ke 3, saya ada turun darah dengan banyaknya.. Pergi jumpa doktor & scan tapi doktor kata tak de pape. Tapi saya tetap risau..saya pun terus resign 24 jam..

Genap 1 bulan, saya diarahkan k eklinik daerah untuk scan lagi skali. Masa tu darah dah berhenti..dup dap2X  jantung saya & suami. Sewaktu doktor scan, dia tersenyum sambil angkat jari 2.. Saya terperanjat!! Tengok skrin, nampak 2 orang. Kalau tak turun darah, kemungkinan saya mengandung triplet. Apapun, kami bersyukur dengan anugerah yang tak terhingga ini. Kehilangan 1 dibalas 2 anak...

Saya alami alahan yang teruk.. Setiap hari saya morning sickness dari pagi sampai malam. Bau lauk yang mak saya masak pun meloyakan.. Saya hanya boleh makan kuah tomyam yang dibeli. Tu pun kosong je. Janji masam. Setiap malam tak leh tidur sampai pagi. Bila suami pergi kerja, baru saya boleh lelapkan mata. Saya alah dengan bau badan suami. Begitulah setiap hari..

Due saya 1.3.1998. Tapi pada 28.1.98, masa tu 28 Ramadhan, saya alami sakit perut yang teramat  Tapi tak pergi hospital..tunggu punya tuggu,makin lama kurang sakitnya..semangat nak beraya makin kuat.. Saya beraya bawa beg berisi keperluan baby.. Standby je.1 miggu lepas tu, masa saya beraya di Muar, perut terasa makin sakit.dah tak tahan lagi, saya terus ke Hospital Melaka. 1 van mengiringi saya.. Kelakar je masa tu.

Tarikh 3.2.98 (5 Syawal) twin saya lahir dengan selamat.. Kedua-duanya perempuan. Berat kakak 2.1 kg, adik 1.7 kg. Mereka dimasukkan ke NICU untuk pemerhatian kerana kecil. Lepas 3 hari, baru dibenarkan balik ke rumah. Bermulalah cabaran saya menjaga anak kembar. Tanpa pengalaman, semua saya buat sendiri dengan bantuan mak yang dah tua.. Setiap hari memang rasa menyiksakan.nak beli majalah @ buku, tak mampu, gaji suami kecil. Cukup untuk keperluan si kembar aje..

Anak saya menyusu badan. Ada gak campur susu formula.mula-mula kakak menyusu selama 15 minit. Letak je, adik lak menyusu, pun sama gak.. Jadi saya tak de time tidur selama 2 bulan! Mata dah cengkung, badan dah kurus, baru teringat nak tangkalkan twin dengan sorang ustaz.. Lepas minum air ustaz tu, terus twin berubah.. time tidur dah berubah, saya boleh uruskan diri & yang pnting, berat badan twin naik dengan mendadak skali..

Masa tu kembar tak ramai macam sekarang. Mana-mana pergi, masa tu orang pandang. Masa tu saya tak de kereta, jalan naik bas aje.. Ada yang nak pegang tapi kembar saya jenis takut orang.. Tu yang buat dorang geram. Bila balik kampung suami, semua serbu.. Diorang suka menyakat kembar saya, walau macamana menangis sekalipun, diorang tetap amik kembar saya & bawa masuk bilik.. Meraung-meraung anak saya tapi diorang tetap tak pulangkan.Sampai hilang suara baru pulangkan. Saya pun geram gak tapi nak buat macamana.. Nanti orang kata lokek pulak ada anak twin...

Setiap malam anak saya akan menangis,mengigau bahana asik kena usik sebegitu rupa..lama-lama saya jadi tension. Saya bincang dengan suami, kami kena kurangkan balik kampung suami. Suami tak setuju.. Masalahnya setiap kali balik kampung, mesti kembar saya kena sakat macam tu. Sampai umur 5 tahun, baru family suami kurang menyakat.. kembar saya tetap macam tu. Family saya tak suka menyakat, abang-abang saya seramai 6 orang akan peluk, dodoikan anak saya. Maklumlah anak masing-masing dah besar. Anak saya je yang kecil, kembar lak tu.

Bila kembar sekolah tadika, baru saya tau, kesannya ialah ke dua dua kembar saya hilang keyakinan diri bila berdepan orang ramai.. Tak leh bercakap kat sekolah, senyap sunyi aje dari pergi sampai balik tak bergerak-gerak.. Kerja sekolah buat.cepat aje siap.. Cikgu-cikgu pun hairan.. Time makan boleh pula bangun amik makanan. Cikgu geleng kepala tengok perangai si kembar..

Hal ini berterusan sampai ke sekolah rendah.. Setiap hari ckgu yang berlainan akan berjumpa dengan saya untuk bertanya kes kembar saya ni.. Dah macam-macam cara saya buat, tapi tak  berkesan..lama-lama kembar saya terkenal kat sekolah sebagai 'kembar tak bercakap'.. Ingtkan naik sekolah menengah mereka berubah, rupanya tak.. kes kat sekolah rendah berulang lagi.. gelaran tu kekal dengan kembar saya tak tau lah sampai bila.

Sekarang mereka berumur hampir 15 tahun.. Perangai tak berubah. Asyik bergaduh berdua, barang-barang tak leh kongsi, semua kena beli serba 2.. kat sekolah senyap membisu.. Tapi time tidur, mereka tak sedar tidur berpeluk-peluk sampai ke pagi.. makin besar makin banyak cabaran menjaga anak twin ni lagi-lagi mereka tak sehaluan.....

Beruntung ibu-ibu sekarang, banyak panduan boleh didapati melalui buku, majalah, internet, facebook dll.. zaman saya dulu, nak beli majalah pun berkira. Gaji suami kecil.cukup untuk keperluan si kembar aje. Masa tu saya takde kawan, group KKM ni pun takde. Susah senang sendiri je.. Segala apa yang ibu-ibu twin ceritakan pengalaman, kesusahan menjaga anak kembar, semua tu saya dah lalui.. Bersabarlah menjaga 2,3,4 anak yang kita dapat sekaligus..Orang lain takde, kita je ada.. Sekian..

Rabu, 19 Disember 2012

Kisah ketabahan seorang ibu kembar!

Saya terbaca satu kisah salah seorang ibu kembar dalam FB group Dianugerahkan Kembar. Kagum dengan beliau. Saya kongsikan kisah beliau.. Puan Rusyda Izati Azizi

******************
Kita hanya mampu merancang , tetapi Allah lebih Maha Perancang.. Saya tidak pernah merancang untuk menamatkan zaman muda saya terlalu awal, tetapi disebabkan saya sedar akan kelakuan saya sebenarnya mengundang dosa dan menarik segala keberkatan yang ada dalam hidup saya, saya mengambil jalan untuk berkahwin.. Bukan kerana kami melakukan sesuatu yang keji, tetapi sesungguhnya keluar berdua-duaan itu dah pun menjadi dosa, bercakap dengan nada romantik pun dah menjadi dosa.. Kerana diantara kami tidak ada ikatan yang sah.. Jadi salahkah saya memilih untuk berkahwin di usia awal??? Ada yang mengatakan saya gatal dan gedik, tapi saya buat perkara yang betul.. Lagipun suami saya pada waktu memang patut dah kahwin dengan usianya.. Adik-adiknya ramai yang dah kahwin.. 
Pasal anak pula.. Di awal perkahwinan kami, kami memang mengambil perancang.. Dan kami yakin bahawa ,saya tidak akan dapat anak selagi saya tak tamat pengajian saya.. Saya begitu yakin bahwa saya takkan mengandung sepanjang pengajian kerana saya ambil perancang.. Tetapi kuasa ALLAH lebih hebat..Saya amal perancang, saya makan ubat kurus yang membuatkan badan saya panas, saya makan ubat buasir, saya makan nenas, saya angkat tong gas yang masih berisi tetapi Allah tetap berikan saya zuriat dan tiap-tiap malam saya suruh suami saya urut perut saya sebab saya mcm banyak angin (masa ni saya tak tahu pun saya dah pregnant 4 minggu).. dan saya terkejut apabila saya disahkan pregnant 4 minggu disaat saya makan semua ubat-ubat ni dan buat kerja berat-berat.. Pada masa itu, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya..
Memandangkan saya masih belajar, berjauhan pula dengan suami.. Saya buntu dan saya tak tahu apa yang harus saya buat. Usia kandungan mencecah 6 minggu, saya dikhabarkan mengandung anak kembar.. Hanya Allah yang tahu perasaan saya.. Bukan saya tak mahukan bayi ini, tetapi saya masih belum bersedia..Semuanya saya letakkan ditangan ALLAH.. Dan saya redha di atas semua walaupun ada yang nasihatkan saya gugurkan kandungan..Tapi saya tak nak sebab dia anak kami yang sah..Dan saya bersyukur kerana ALLAH kurniakan saya anugerah yang bernilai ini dalam masa terlalu awal. Orang lain kawin hampir 10 tahun baru dapat anak, saya tidak.. 
Berada di pusat pengajian yang jauh dengan keluarga, menyebabkan saya terpaksa lalui setiap kesukaran dan kepayahan di sini seorang diri.. Hanya rakan-rakan yang ada disekililing.. Di usia kandungan 3 bulan, saya jatuh dengan hentakan yang kuat akibat di kejar seekor anjing.. Dalam hati saya, saya hanya mmpu berdoa agar Allah memelihara kami bertiga..macam biasalah hidup di kampus, di kejar anjing, jatuh, berebut bas adalah perkara normal sepanjang saya belajar di u..Namun saya tak minta simpati orang, sebab saya nak anak saya kuat.. alahan, demam, kekajangan, semuanya saya tanggung sendiri.. kadang-kadang saya menangis sebab terlalu kerap kekejangan.. Tapi saya cuba yang terbaik untuk pengajian saya dan anak-anak.. 
Morning sickness saya kandungan saya mencecah 4 bulan lebih.. Saya makan muntah.. Alhamdulillah saya dapat belajar dengan tenang dan ALLAH baig saya ketenangan yang tak pernah saya rasa.. Alhamdulillah, walaupun saya terpaksa hidup susah di sini bersama kandungan saya, result saya semakin bertambah baik..Saya bersyukur.. Inilah saya katakan hidup saya berkat setelah saya melakukan dengan cara yang betul.. 
Usia kandungan hampir 7 bulan, saya pulang ke rumah.. menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, anak, menantu.. Walaupun memang dah tak larat, tapi saya masih lakukan kerja-kerja rumah kerana saya tak nak anak saya manja.. Pastu pada usia sebegini, mak mertua masuk wad.. Saya terpaksa uruskan semuanya bab keluarga mertua..siang malam tak pernah berehat.. Asyik duduk di dapur.. Kemas kejap, sepah balik.. Masa saya rasa betul-betul tak larat.. Duduk tak kena, baring tak kena, berdiri tak kena..Tapi saya buat setiap kerja tanpa merungut.. Usia kandungn 7 bulan lebih, doktor sarankan saya operation untuk kelahiran anak.. disebabkan twin first, doktor cakap macam-macam.. Walaupun agak berat, tapi saya redha demi menyelamatkan anak-anak saya.. 
Kandungan 8 bulan , saya melahirkan si twin saya..Saya di bius separuh.. saya sedar semasa saya di bedah.. saya terasa toresan pisau di perut tapi tak rasa sakit la..dan saya dapat dengar tangisan anak-anak saya bila mereka dikeluarkan.. Saya menangis kegembiraan.. Tetapi nurse datang bawa anak saya dan minta saya cium dan dia mengatakan seorang anak puan ada masalah sikit.. Dia kena bernafas pakai oksigen.. Hati saya risau dan mula menangis bagaimana laa anak saya seorang lagi.. Dalam keadaan sedar tak sedar, saya rasa di bawa keluar dari dewan bedah.. Dan Ahamdulllah anak-anak saya sihat dan tidak kuning dan boleh di bawa pulang setelah 4 hari dalam wad..                                                                                                                                                                                                                                                                                
Saya tangguhkan pengajian saya selama satu semester, demi membesarkan anak-anak dan nak bagi susu dada.. Sewaktu nak tinggalkan mereka, untuk sambung pengajian yang tinggal hanya 2 semester, hati saya berbelah bagi.. Maklum laa dulu, masa belum melahirkan anak-anak, Umi masih sihat dan dia nak jaga anak-anakku.. Namun, di usia anakku 4 bulan Umi sakit..Saya memang dah nekad untuk berhenti belajar, tapi suami, umi, ayah, mak mertua, bapa mertua dan keluarga kami cakap, fikirkan pasal anak-anak.. teruskan pengajian.. Pasal anak-anak ini jangan fikir, biar kami yang jaga..Tugas hanya untuk belajar.. Sewaktu berangkat untuk datang ke Universiti, umi masuk wad.. nak belah buang batu karang.. jadi anak-anak, suami dan mertua jaga.. Suami cakap biar anak-anak membesar depan mata dia.. biarlah dia yang jaga..
Dan sem last aku berada di sini, mak mertua masuk wad.. hatiku dah tak tau nak cakap apa.. memikirkan keadaan di rumah..tapi suami cakap, awak jangan fikir semua ni, awak habiskan pelajaran yang tinggal sebulan lebih jer lagi..apa-apa masalah saya uruskan.. nanti balik, awak jalankan tanggungjawab awak.. Tapi sebenarnya dalam hati kecil saya amat risau.. dan paling terguris hati saya bila ada yang menyalahkan saya sebab saya tinggalkan anak-anak.. Macam-macam di kata..tapi saya sabar.. semuanya diungkit.. Sampai sekarang dan tak sabar saya nak pulang untuk menabur bakti dan menjalankan tanggungjawab saya yang dah lama saya tinggalkan.. 
Jauh di sudut hati, saya tak ingin meninggalkan anak-anak kepada mak mertua..apatah lagi saya tahu dia bukan sihat dan dah uzur.. Tapi suami cakap, "Saya yang uruskan anak-anak.. mek hanya memerhati bila saya kerja.. Awak jangan risau, saya tahu tugas dan tanggungjawab saya..Cuma bila ramai orang kat umah, saya lebih tumpukan pada perkara lain.. Sebab mereka boleh tengok-tengokkan anak-anak.. Jika mereka tiada, saya akan uruskan anak-anak.. Awak jangan fikir lagi.." Ermmm sayalah yang paling tak sabar untuk pulang ke kampung untuk menemui anak-anak dan membesarkannya dengan tangan saya sendiri.. 
Saya tak pernah minta semua ini berlaku.. sebab saya rasa saya dah merancang semuanya dengan baik.. tapi saya lupa bahawa perancangan ALLAH lebih hebat daripada perancanagan saya.. Semuanya dah tertulis di luh mahfuz saya..dan saya tidak tahu apa yang bakal terjadi pada hari esok.. Hari ini saya buat perancangan, tapi semuanya terletak di tangan ALLAH.. dan saya harap selepas ini, saya mampu jadi seorang isteri, seorang mama, seorang anak, seorang menantu yang baik dan mampu jalan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna.. Insya ALLAH..
 ******************
Gambar boleh tengok kat sini